BM | EN
1) Berapa jenis komisen yang terdapat dalam Shopee Live?
Jawapan: Dua jenis komisen terdapat – Commissions XTRA dan komisen Shopee Live (Komisen Shopee).
2) Apakah perbezaan antara kedua-dua kadar komisen dalam Shopee Live?
Jawapan: Commission XTRA adalah komisen yang ditawarkan oleh penjual tanpa had bagi setiap pesanan pada kedai / produk yang dipilih. Komisen Shopee Live adalah komisen yang ditawarkan oleh Shopee yang dikenakan had pada RM10 setiap pesanan. Ia layak untuk semua kategori kecuali untuk Sumbangan, Pelaburan, dan Makanan & Minuman.
3) Bolehkah saya mendapatkan Commissions XTRA dari jualan mana-mana produk yang ditambah ke dalam beg oren saya melalui Shopee Live?
Jawapan: Tidak. Anda hanya boleh mendapatkan komisen daripada produk yang ditambah oleh penjual yang menawarkan Commissions XTRA.
4) Mengapa saya tidak mempunyai butang Shopee Livestream?
Jawapan: Hanya afiliasi yang terpilih akan mempunyai akses untuk menjadi Livestremer dalam Shopee Live. Jika anda berminat, sila isi borang - DI SINI
5. Apakah jadual pembayaran bagi komisen Shopee Live?
Jawapan: Pembayaran komisen Shopee Live dibuat pada masa yang sama dengan jadual pembayaran komisen (1.5 - 2 bulan). Anda boleh dapatkan maklumat lanjut - DI SINI
6. Mengapa saya dilarang daripada menggunakan ciri penyiaran langsung (livestream) dan bagaimana untuk membuka larangan akaun saya?
Jawapan: Akaun anda dilarang daripada menggunakan ciri Shopee Live mungkin disebabkan oleh pelanggaran program. Anda boleh rujuk kepada garis panduan - DI SINI untuk maklumat lanjut.
Untuk pengaduan, sila isi borang web Perkhidmatan Pelanggan Shopee kami agar pasukan kami dapat membantu anda lebih lanjut - DI SINI